Undang-undang Rasmi Permainan Petanque
Digunapakai oleh semua Persekutuan Petanque yang menjadi ahli kepada
FIPJP
(Terjemahan Bahasa Melayu)
PERATURAN AM
ARTIKEL 1 - Komposisi Pasukan
ARTIKEL 2a - Syarat-syarat Bola yang diluluskan
ARTIKEL 2b - Denda jika Bola tidak memanuhi Syarat
ARTIKEL 3 - Jek yang diluluskan
ARTIKEL 4 - Lesen
ARTIKEL 2a - Syarat-syarat Bola yang diluluskan
ARTIKEL 2b - Denda jika Bola tidak memanuhi Syarat
ARTIKEL 3 - Jek yang diluluskan
ARTIKEL 4 - Lesen
TATACARA
PERMAINAN
ARTIKEL
5 - Peraturan Gelanggang
ARTIKEL 6 - Memulakan Permainan - Peraturan Berkaitan Bulatan
ARTIKEL 7 - Jarak Sah untuk Lontaran Jek
ARTIKEL 8 - Lontaran Jek yang Sah
ARTIKEL 9 - Jek Mati
ARTIKEL 10 - Menyingkirkan Halangan – Denda
ARTIKEL 10a- Menukar Jek atau Bola
ARTIKEL 11 - Jek Terlindung atau Bergerak
ARTIKEL 12 - Jek Bergerak ke Gelanggang lain
ARTIKEL 13 - Tindakan-tindakan jika Jek Terbatal
ARTIKEL 14 - Menempatkan semula Jek yang Tertampan
ARTIKEL 15 - Lontaran Jek yang Terkeluar dari Gelanggang yang ditetapkan
ARTIKEL 6 - Memulakan Permainan - Peraturan Berkaitan Bulatan
ARTIKEL 7 - Jarak Sah untuk Lontaran Jek
ARTIKEL 8 - Lontaran Jek yang Sah
ARTIKEL 9 - Jek Mati
ARTIKEL 10 - Menyingkirkan Halangan – Denda
ARTIKEL 10a- Menukar Jek atau Bola
ARTIKEL 11 - Jek Terlindung atau Bergerak
ARTIKEL 12 - Jek Bergerak ke Gelanggang lain
ARTIKEL 13 - Tindakan-tindakan jika Jek Terbatal
ARTIKEL 14 - Menempatkan semula Jek yang Tertampan
ARTIKEL 15 - Lontaran Jek yang Terkeluar dari Gelanggang yang ditetapkan
PERGERAKAN
BOLA
ARTIKEL 16 - Lontaran Bola Pertama dan Bola Berikutnya
ARTIKEL 17 - Tingkahlaku Pemain dan Penonton Semasa Permainan
ARTIKEL 18 - Melontar Bola dan Bola Keluar Gelanggang
ARTIKEL 19 - Bola Mati
ARTIKEL 20 - Bola yang dihentikan
ARTIKEL 21 - Had Masa untuk bermain
ARTIKEL 22 - Bola Bergerak
ARTIKEL 23 - Melontar Bola selain daripada bola sendiri
ARTIKEL 24 - Melontar Bola yang Melanggar Peraturan
ARTIKEL 17 - Tingkahlaku Pemain dan Penonton Semasa Permainan
ARTIKEL 18 - Melontar Bola dan Bola Keluar Gelanggang
ARTIKEL 19 - Bola Mati
ARTIKEL 20 - Bola yang dihentikan
ARTIKEL 21 - Had Masa untuk bermain
ARTIKEL 22 - Bola Bergerak
ARTIKEL 23 - Melontar Bola selain daripada bola sendiri
ARTIKEL 24 - Melontar Bola yang Melanggar Peraturan
MATA DAN
PENGUKURAN
ARTIKEL 25 - Mengalih Bola untuk Sementara
ARTIKEL 26 - Mengukur untuk Mata
ARTIKEL 27 - Mengambil Bola Sebelum Pengesahan Mata dibuat
ARTIKEL 28 - Menggerakkan Bola atau Jek
ARTIKEL 29 - Bola yang Sama Jarak dengan Jek
ARTIKEL 30 - Bahan Asing yang Melekat pada Bola dan Jek
ARTIKEL 31 - Tuntutan-tuntutan
ARTIKEL 26 - Mengukur untuk Mata
ARTIKEL 27 - Mengambil Bola Sebelum Pengesahan Mata dibuat
ARTIKEL 28 - Menggerakkan Bola atau Jek
ARTIKEL 29 - Bola yang Sama Jarak dengan Jek
ARTIKEL 30 - Bahan Asing yang Melekat pada Bola dan Jek
ARTIKEL 31 - Tuntutan-tuntutan
DISIPLIN
ARTIKEL 32 - Denda untuk Pasukan atau Pemain yang Tidak Hadir
ARTIKEL 33 - Kehadiran Pemain yang Lewat
ARTIKEL 34 - Penggantian Pemain
ARTIKEL 35 - Denda-denda Dalam Permainan
ARTIKEL 36 - Cuaca Buruk
ARTIKEL 37 - Fasa Baru Permainan
ARTIKEL 38 - Perkongsian Hadiah
ARTIKEL 39 - Berkelakuan Kurang Sopan
ARTIKEL 40 - Tugas-tugas Pengadil
ARTIKEL 41 - Keanggotaan dan Keputusan Lembaga Juri
ARTIKEL 33 - Kehadiran Pemain yang Lewat
ARTIKEL 34 - Penggantian Pemain
ARTIKEL 35 - Denda-denda Dalam Permainan
ARTIKEL 36 - Cuaca Buruk
ARTIKEL 37 - Fasa Baru Permainan
ARTIKEL 38 - Perkongsian Hadiah
ARTIKEL 39 - Berkelakuan Kurang Sopan
ARTIKEL 40 - Tugas-tugas Pengadil
ARTIKEL 41 - Keanggotaan dan Keputusan Lembaga Juri
KOD TATAADAB
PEMAIN-PEMAIN
PERATURAN AM
Artikel 1 : Komposisi Pasukan
Permainan Petenque ini adalah untuk:
- 3 pemain melawan 3 pemain (Bertiga)
Sukan ini juga boleh dimainkan secara:
- 2 pemain melawan 2 pemain (Bergu)
- 1 pemain melawan 1 pemain (Perseorangan)
Untuk ‘bertiga’, tiap-tiap pemain akan menggunakan dua biji bola.
Untuk ‘bergu’ dan ‘perseorangan’, setiap pemain akan menggunakan tiga biji bola.
Tiada versi lain selain daripada tiga kategori di atas dibenarkan untuk membentuk satu pasukan.
Artikel 2a : Kreteria-kreteria Bola yang diluluskan
Permainan ini
perlu menggunakan bola yang diluluskan oleh FIPJP dan memenuhi
kreteria-kreteria berikut ;
(i) Bola mestilah diperbuat daripada logam.
(ii) Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm
(maksimum).
(iii) Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum) hingga 800 gram
(maksimum). Tanda pengeluar dan berat hendaklah tertera di atas bola dan
sentiasa dapat dilihat dengan jelas.
(iv) Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk pengubahsuaian ke
atasnya selepas pengeluarannya disahkan oleh pengeluar yang diberi kelulusan.
walau bagaimanapun nama pemain, logo, akronim atau ‘initial’ boleh diukir
(engrave) di atasnya.
Artikel
2b : Denda jika bola tidak memenuhi syarat
Pemain yang
didapati bersalah kerana tidak mematuhi peraturan dipara (iv) akan dibatalkan
daripada menyertai pertandingan dengan sertamerta, bersekali dengan rakan atau
rakan-rakan pasukannya.
Jika didapati
bola telah diubahsuai atau ditempa semula, permit / lesen pemain boleh
digantung sehingga satu tempoh yang telah ditetapkan dalam Kod Disiplin,
bersekali dengan denda yang akan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan
Petanquenya.
Jika bola
yang diubahsuai itu adalah bola pinjaman dan pemiliknya telah dikenalpasti,
pemilik bola itu juga boleh dikenakan tindakan yang serupa.
Jika bola itu
tidak diubahsuai, tetapi berubah dari bentuk asalnya kerana terlalu lama
usianya, atau berubah bentuk asalnya akibat proses pengeluaran, tidak lulus
pemeriksaan atau tidak mematuhi mana-mana syarat seperti di para (i), (ii) dan
(iii) di atas, pemain boleh menukarkan bola tersebut. Pemain perlu menukarkan
keseluruhan set bola.
Sebarang
bantahan mengenai peraturan (i), (ii) dan (iii) di atas hanya boleh diterima
sebelum permainan / perlawanan bermula. Oleh itu, setiap pemain perlu
memastikan bola mereka dan bola pihak lawan mematuhi syarat-syarat berkenaan
sebelum perlawanan bermula.
Bantahan
berkaitan peraturan (iv) pula boleh dibuat bila-bila masa ketika perlawanan
sehingga ‘END’ yang kedua. Namun pada atau selepas ‘END’ ketiga, jika didapati
bantahan terhadap bola pihak lawan adalah tidak berasas, pemain berkenaan atau
pasukannya akan dikenakan denda 3 mata dan mata tersebut akan ditambah kepada
jumlah pungutan mata pihak lawan.
Pengadil atau
juri boleh pada bila-bila masa ketika perlawanan memeriksa bola mana-mana
pemain.
Artikel 3 : Jek yang diluluskan
Jek
(COCHONNETS) adalah sejenis bola yang diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik,
mempunyai tanda pengeluar dan diperakui oleh F.I.P.J.P. bahawa bahan itu boleh
dan selamat digunakan serta sesuai dan memenuhi segala spesifikasi.
Garis
pusatnya mestilah antara 25mm (minimum) hingga 35mm (maksimum).
Jek boleh diwarnakan dengan apa-apa warna yang memudahkannya dilihat.
Artikel 4 : Lesen
Lesen hendaklah mematuhi Peraturan Pentadbiran FIPJP, khasnya hendaklah menunjukkan gambar ahli yang terbaru, dicop dan ditandatangani oleh ahli berkenaan.
Sebelum
perlawanan dimulakan tiap-tiap pemain perlu menunjukkan permitnya. Pengadil dan
pihak lawan juga boleh meminta pemain menunjukkan lesen masing-masing kecuali
jika lesen-lesen tersebut disimpan oleh pihak penganjur.
TATACARA
PERMAINAN
Artikel 5 : Peraturan gelanggang
Permainan
Petanque boleh dimainkan di atas gelanggang pelbagai permukaan. Namun
Jawatankuasa Penganjur pertandingan atau pengadil boleh menentukan gelanggang
permainan. Dalam kes Kejohanan peringkat Kebangsaan dan antarabangsa,
gelanggang permainan hendaklah mempunyai ukuran minima 4 meter lebar dan 15
meter panjang.
Untuk
lain-lain kejohanan, Persatuan boleh mempelbagaikan ukuran seperti 12 meter
panjang dan 3 meter leber.
Apabila satu
gelanggang tetap ditemukan dengan satu gelanggang lain pada hujungnya, garisan
hujung gelanggang adalah Garisan Bola Mati.
Jika
gelanggang dikelilingi oleh satu sempadan kekal, sempadan itu mestilah
mempunyai jarak minimum 30cm daripada garisan bola mati. Garisan bola mati akan
mengelilingi bahagian luar gelanggang tetap dalam jarak maksimum 4 meter atau
minimum 1 meter.
Kaedah ini
juga digunapakai untuk kawasan di mana pertandingan peringkat akhir diadakan.
Permainan ini
dimainkan sehingga 13 mata, Walau bagaimanapun dalam acara liga dan pusingan
kelayakan, mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.
Artikel
6 : Memulakan permainan dan Peraturan berkaitan bulatan membaling
Pemain-pemain mesti
melakukan undian untuk menentukan pasukan mana yang akan memilih gelanggang dan
membaling Jek.
Sekiranya
gelanggang telah ditentukan oleh pihak penganjur, Jek hendaklah dilontar
digelanggang yang berkenaan. Pasukan tidak boleh bermain di gelanggang
berlainan tanpa kebenaran Pengadil.
Mana-mana
ahli pasukan yang memenangi undian akan memilih tapak mula dan melakar satu
bulatan membaling yang saiznya cukup untuk seorang pemain berdiri dengan
kedua-dua belah kaki di dalamnya. Walau bagaimanapun diameter bulatan tidak
boleh kurang daripada 35 sentimeter dan tidak lebih 50 sentimeter.
Apabila
gelung disediakan (prefabricated circle), ia hendaklah mempunyai diameter 50
sentimeter.
Bulatan
membaling hendaklah dilakar sekurang-kurangnya 1 meter daripada apa-apa
halangan (obstacles) dan 1 meter daripada kawasan larangan bermain (out-of
bound area). Untuk pertandingan di gelanggang terbuka, bulatan mestilah
sekurang-kurangnya 2 meter daripada bulatan lain yang sedang digunakan.
Pasukan yang
membaling Jek mestilah memadam semua bulatan lama yang berdekatan dengan
bulatan baru yang hendak digunakan.
Kawasan dalam
bulatan boleh dibersihkan sepenuhnya daripada batu-batu dan sebagainya semasa
End berjalan tetapi perlu dikembalikan kepada keadaan asalnya selepas End tamat
atau seawal-awalnya, sebelum melontar Jek untuk End yang seterusnya.
Bulatan
membaling tidak dikira sebagai kawasan larangan bermain (out of bound area).
Kedua-dua
belah kaki perlu berada didalam bulatan tersebut tanpa menyentuh garisan dan
tidak boleh dikeluarkan atau diangkat sehinggalah bola yang dilontar tadi
mencecah gelanggang. Anggota badan lain juga tidak dibenarkan menyentuh permukaan
gelanggang di luar bulatan tersebut. Pemain yang cacat anggota adalah
dibenarkan memasukkan hanya sebelah kakinya sahaja ke dalam bulatan tersebut.
Pemain OKU yang menggunakan kerusi roda, mestilah memastikan salah satu rodanya (bahagian tangan yang membaling) berada di dalam bulatan .
Tidak
semestinya pemain yang melempar Jek yang akan melemparkan bola pertama.
Artikel 7 : Jarak sah untuk lontaran Jek
Jek yang
dilempar dikira sah jika;
(i) Jarak antara kedudukan Jek dan garis hadapan bulatan:
· 4 meter
hingga 8 meter bagi kanak-kanak (Minors)
· 5 meter
hingga 9 meter bagi remaja (Cadets)
· 6 meter
hingga 10 meter bagi dewasa (Senior & Juniors)
(ii) Jarak bulatan
adalah sekurang-kurangnya 1 meter daripada apa-apa halangan dan juga daripada
had kawasan larangan (out-of-bound area).
(iii) Jarak Jek
juga hendaklah berada 1 meter daripada apa-apa halangan atau had kawasan
larangan (out-of-bound area).
(iv) Jek boleh
dilihat oleh pemain yang berdiri dengan kedua-dua kakinya berada di dalam
bulatan. Jika ada pertikaian, pengadil akan menentukan sama ada Jek boleh
dilihat atau sebaliknya dan sebarang bantahan tidak akan dilayan selepas itu
Untuk ‘END’
yang seterusnya Jek akan dilempar daripada bulatan baru yang dibuat di tempat
Jek berada diakhir ‘END’ tadi oleh pasukan yang memenangi ‘END’ tersebut,
kecuali dalam keadaan berikut;
1. Bulatan
terletak kurang 1 meter daripada halangan had kawasan larangan (out-of-bound
area).
2. Jek tidak dapat dilempar ke jarak-jarak yang telah ditentukan dalam
peraturan jarak.
Dalam kes
pertama, pemain boleh membuat bulatan baru ditempat yang tiada apa-apa halangan
dalam kawasan permainan.
Sementara
dalam kes kedua, pemain boleh bergerak ke belakang tetapi mesti di garisan
lurus dengan kedudukan Jek sehingga jarak maksima yang dibenarkan dapat
diperolehi. Ini hanya boleh dilakukan jika jarak maksimum tidak dapat
diperolehi di mana-mana bahagian dalam kawasan permainan.
Jika Jek yang
dilempar tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan selepas tiga
kali lontaran oleh seseorang pemain / pasukan, giliran lontaran akan diberikan
kepada pihak lawan juga sebanyak tiga kali lontaran. Pihak lawan juga boleh mengalihkan
bulatan ke belakang tetapi mesti mematuhi “Syarat-syarat yang telah ditetapkan
di perenggan di atas”. Dalam keadaan ini, bulatan mungkin tidak boleh
diubah-ubah lagi jika pasukan tersebut gagal menempatkan Jek tersebut dalam
tiga kali lontaran.
Pasukan yang
telah gagal membuat lontaran Jek selepas tiga kali percubaan masih mempunyai
hak untuk melontar bola pertama.
Artikel 8 : Syarat lontaran Jek yang sah
Jika Jek yang
dilontar ditahan oleh pengadil, pemain, penonton, binatang atau apa-apa objek
bergerak, ianya adalah tidak sah dan tidak dikira sebagai satu lontaran. Jadi
pemain berkenaan masih mempunyai tiga kali lontaran lagi.
Selepas Jek
dilontar dan bola pertama juga telah dilontar, pemain pasukan lawan masih boleh
membuat bantahan tentang kedudukan Jek. Jika bantahan ini diterima, Jek dan
bola pertama tadi perlu dilontar semula.
Jika pemain /
pasukan lawan juga telah membuat balingan bola, Jek akan dikira sah dan tiada
bantahan akan dibenarkan selepasnya.
Setiapkali
Jek dilontar, kedua-dua pasukan hendaklah menerimanya sebagai sah dahulu atau
pengadil membenarkannya barulah memulakan permainan.
Artikel 9 : Jek mati
Jek dikira
tidak sah (mati) berdasarkan enam kes berikut;
(i) Selepas
dilontar, kedudukan Jek berada diluar daripada kawasan seperti yang dinyatakan
dalam Artikel 7.
(ii) Semasa
permainan, Jek telah bergerak keluar daripada had kawasan permainan dan masuk
semula ke dalam kawasan permainan. Jek yang berada di atas garisan masih dikira
sah. Lopak / kawasan berair di mana Jek boleh terapung dan bergerak dengan
bebas adalah kawasan larangan dan dikira terkeluar daripada kawasan permainan.
(iii) Kedudukan Jek
telah tidak dapat dilihat atau terhalang walaupun masih dalam kawasan permainan.
Jek yang terhalang / dilindungi oleh bola adalah dikira sah. Pengadil boleh
mengalihkan bola / halangan tersebut sementara waktu untuk menentukan sama ada
Jek tersebut dapat dilihat atau tidak.
(iv) Jek telah
digerakkan (displaced) kepada kedudukan lebih daripada 20 meter untuk ketegori
dewasa, atau 15 meter untuk ketegori kanak-kanak daripada bulatan.
(v) Apabila Jek
yang beralih tempat tidak dapat dijumpai selepas mencarinya selama 5 minit.
(vi) Apabila ada
kawasan larangan (out of bound area) antara Jek dengan bulatan.
Artikel 10 : Denda jika mengalihkan halangan
Setelah Jek
dilempar, pemain dilarang sama sekali daripada meratakan, mengalih atau memijak
apa-apa halangan (batu, pasir, daun dan sebagainya) yang berada di kawasan
permainan. Walau bagaimanapun, pemain boleh menutup lubang yang terjadi kesan
lontaran bola yang terakhir sahaja.
Pemain yang
gagal mematuhi peraturan ini boleh menyebabkannya dikenakan denda berikut;
(i) Amaran.
(ii) Dibatalkan
bola yang telah dilontar atau bola yang akan dilontar.
(iii) Pemain
bersalah akan digantung satu ‘END’.
(iv) Pemain
bersalah akan digantung satu perlawanan.
(v) Dibatalkan
penyertaan pasukan.
(vi) Dibatalkan
penyertaan kedua-dua pasukan jika berlaku pergaduhan.
Artikel 10a : Menukar Jek atau bola
Pemain sama
sekali tidak dibenarkan menukar bola atau ‘Jack’ semasa permainan kecuali;
1. Bola atau Jek
hilang dan tidak dijumpai setelah dicari selama 5 minit.
2. Bola atau Jek pecah, dalam kes ini, bahagian terbesar daripada pecahan
tersebut akan digunakan untuk menentukan kedudukan. Jika ‘END’ masih belum
berakhir bahagian terbesar pecahan tadi akan digantikan dengan serta merta
dengan bola yang mempunyai garis pusat yang sama dengan bola atau Jek yang
pecah tadi. Untuk ‘END’ seterusnya, pemain boleh menggunakan set bola atau Jek
yang baru.
Artikel 11 : Jek terlindung atau beralih
Semasa di
dalam proses ‘END’ jika Jek telah terlindung secara tidak sengaja oleh daun
atau kertas, halangan tersebut bolehlah dialihkan. Jika Jek bergerak akibat
tiupan angin atau sebab tanah tidak rata, Jek tersebut mestilah ditempatkan
dikedudukan asalnya yang telah ditandakan.
Peraturan
yang sama akan diguna pakai jika Jek dialihkan secara tidak sengaja oleh
pengadil, pemain, penonton, bola atau Jek dari gelanggang bersebelahan,
binatang atau apa-apa objek bergerak yang lain.
Jika Jek
beralih kerana bola yang sedang dimainkan, ianya dikira sah.
Untuk
mengelakkan pertikaian, pemain-pemain adalah dinasihatkan menandakan kedudukan
Jek dan bola. Tidak ada bantahan yang akan dilayan jika kedudukan Jek dan bola
tersebut tidak ditanda.
Artikel 12 : Jek beralih ke gelanggang bersebelahan
Dalam proses
‘END’ jika Jek telah bergerak dan memasuki gelanggang bersebelahan yang mana
perlawanan lain sedang berjalan, sama ada kedudukannya ditanda atau tidak,
permainan masih boleh diteruskan sekiranya ianya tidak melanggar syarat-syarat
seperti yang ditetapkan di dalam Artikel 9.
Jika perlu
pemain yang menggunakan Jek tersebut hendaklah menunggu permainan di gelanggang
bersebelahan menamatkan ‘END’ mereka sebelum boleh meneruskan ‘END’ nya.
Pemain perlu
menunjukkan kesabaran dan semangat kesukanan mereka.
‘END’
seterusnya hendaklah dimulakan di gelanggang yang telah ditetapkan untuk
mereka.
Artikel 13 : Tindakan diambil jika Jek mati
Jika Jek mati dalam proses ‘END’, satu daripada tiga perkara berikut boleh berlaku;
(i) Jika
kedua-dua pasukan masih mempunyai bola untuk dimainkan, ‘END’ tersebut dikira
tidak sah.
(ii) Jika hanya
satu pasukan sahaja masih lagi mempunyai bola untuk dimainkan, pasukan tersebut
akan mendapat mata percuma sebanyak bilangan bola yang dimilikinya untuk
dimainkan.
(iii) Jika
kedua-dua pasukan sudah tidak mempunyai bola lagi untuk dimainkan ‘END’
tersebut dikira tidak sah.
Artikel 14 : Meletakkan semula Jek yang diberhentikan
(a) Jek yang
diberhentikan oleh pengadil atau oleh penonton, kedudukannya hendaklah
dikekalkan di tempat ia diberhentikan.
(b) Jek yang
berhenti akibat sekatan oleh pemain sendiri, pemain pasukan lawan mempunyai
pilihan berikut;
(i) Biarkan Jek di
tempat ia diberhentikan.
(ii) Tempatkan di
kedudukan asalnya.
(iii) Tempatkan di
mana-mana tempat di atas sepanjang arah perjalanan Jek daripada tempat asal ke
tempat Jek diberhentikan pada jarak maksimum 20 meter (15 meter untuk
kanak-kanak) dan masih boleh dilihat.
Perenggan
(ii) dan (iii) hanya boleh digunakan jika kedudukan Jek ditanda sebelumnya.
Jika tidak Jek mestilah dikekalkan di tempat ianya diberhentikan.
Jika selepas
terkena balingan, Jek terkeluar daripada kawasan permainan (out-of bound area)
dan kemudian melantun semula ke kawasan permainan, ianya dikira Jek mati dan
tindakan yang perlu diambil diterangkan dalam Artikel 13.
Artikel 15 : Lontaran Jek yang terkeluar dari Gelanggang Permainan yang
ditetapkan
Sekiranya
dalam satu end, Jek terkeluar dari gelanggang yang telah di peruntukkan, end
berikutnya akan dimulakan dari kedudukan Jek berkenaan sebelum ia terkeluar
tertakluk kepada Artikel 7:
(a) Bulatan
lontaran boleh dibuat 1 meter daripada halangan atau had kawasan permainan
(out-of bound area).
(b) Jek boleh
dilontarkan ke kawasan yang boleh mencapai jarak yang diperlukan.
BOLA
Artikel 16 : Melontar bola pertama dan seterusnya
Bola pertama
bagi tiap-tiap satu ‘END’ akan dilontar oleh pemain bagi pasukan yang memenangi
lambungan syiling atau pasukan yang memenangi ‘END’ sebelumnya.
Pemain
dilarang menggunakan apa-apa objek yang boleh membantunya melemparkan bolanya
atau membuat tanda atau garisan di atas gelanggang yang membantunya menempatkan
bola yang dibalingnya. Setelah pemain melontarkan ke semua bolanya, dia tidak
dibenarkan lagi memegang mana-mana bola.
Hanya satu
biji bola sahaja yang boleh dibaling dalam satu-satu masa.
Apabila bola
telah dibaling, ianya tidak boleh dibaling semula. Walau bagaimanapun, ianya
boleh dibaling semula jika bola tersebut dihentikan secara tidak sengaja oleh
bola atau Jek dari gelanggang bersebelahan, binatang atau apa-apa objek
bergerak yang lain. Perkara ini diterangkan dalam Artikel 8.
Bola dan juga
Jek tidak bolah dilicinkan atau diminyakkan.
Jika bola
pertama telah dilontar keluar daripada kawasan permainan, pemain pasukan lawan
akan diberi giliran melontar bolanya. Bola akan dilontar secara bergilir-gilir.
Jika semua
bola telah dibaling dan didapati tiada bola yang berada dalam had kawasan
permainan, peraturan berkaitan Artikel 29 akan digunapakai.
Artikel 17 : Tingkah laku Pemain dan Penonton semasa permainan berlangsung
Semasa pemain
hendak membuat lontaran, pemain dan penonton perlu senyap.
Pasukan lawan
tidak boleh berjalan atau membuat sesuatu yang boleh menggangu pemain. Hanya
ahli pasukannya sahaja yang boleh berdiri di antara kedudukan Jek dan bulatan
untuk memberitahu (indicate) arah yang perlu dituju (aiming point).
Pasukan lawan
mestilah sentiasa berada di sebelah luar kedudukan Jek atau di belakang pemain
dengan jarak yang melebihi 2 meter.
Pemain yang
gagal mematuhi peraturan tersebut setelah diberi amaran oleh pengadil boleh
digantung daripada pertandingan.
Artikel 18 : Bola yang dilontar keluar gelanggang
Tiada siapa
yang dibenarkan melontar bola untuk percubaan semasa pertandingan. Pemain yang
gagal mematuhi peraturan ini akan dikenakan denda seperti yang diterangkan
dalam Artikel 10.
Semasa
permainan berlangsung, bola yang bergerak keluar dari gelanggang tapi masih
belum melepasi kawasan larangan (out-of bound area) adalah masih sah (kecuali
seperti yang diterangkan dalam Artikel 19).
Artikel 19 : Bola mati
Mana-mana
bola yang dilontar melepasi kawasan larangan (out-of bound area) atau garisan
bola mati (dead ball line) dikira batal (Bola mati).
Jika bola
tersebut bergolek dan memasuki semula kawasan permainan, sama ada disebabkan
oleh gelanggang yang tidak rata, digerakkan oleh objek bergerak dan sebagainya,
bola tersebut hendaklah dikeluarkan dengan serta merta daripada kawasan
permainan dan apa-apa benda yang telah berubah akibat pergerakan bola tersebut
perlu diletakkan di tempat asalnya.
Bola yang
telah mati hendaklah dengan serta merta dikeluarkan daripada kawasan permainan,
bola tersebut dikira sah sekiranya bola berikutnya telah dilontar oleh pihak
lawan.
Artikel 20 : Bola yang diberhentikan
Mana-mana
bola yang berhenti akibat disekat oleh penonton atau pengadil hendaklah
dibiarkan berada di tempat ianya berhenti.
Mana-mana
bola yang berhenti akibat sekatan pemain pasukannya adalah dikira bola mati.
Mana-mana
bola dibaling (pointed) yang diberhentikan oleh pihak lawan boleh memilih sama
ada bola tersebut dimainkan semula atau dibiarkan di mana ia berhenti.
Jika bola
dibaling (shot) diberhentikan oleh pemain pasukannya, pihak lawan mempunyai
peluang untuk:
(a) Membiarkan
bola tersebut berada di tempat ianya diberhentikan.
(b) Meletakkannya
di mana-mana tempat di sepanjang garisan pergerakan daripada kedudukan asal
bola hingga ke tempat ia diberhentikan, tetapi dengan syarat kedudukan asal
bola berkenaan telah ditandakan.
Pemain yang
dengan sengaja menghalang atau menyekat bola yang sedang bergerak akan
menyebabkan penyertaannya dan pasukannya dibatalkan serta merta.
Artikel 21 : Tempoh masa melontar bola
Bila Jek
telah dilontar, pemain mempunyai satu minit untuk membaling bolanya. Masa
dikira sebaik sahaja bola sebelumnya atau Jek berhenti. Jika mata (point)
terpaksa diukur, masa satu minit dikira bermula sebaik sahaja pengukuran tamat.
Peraturan
yang sama juga adalah dipakai bagi balingan Jek selepas tiap-tiap ‘END’.
Pemain yang
tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda seperti di bawah Artikel 10.
Artikel 22 : Bola beralih tempat
Jika bola
telah berhenti, tetapi bergerak semula akibat tiupan angin atau akibat tanah
tidak rata, bola tersebut bolehlah ditempatkan di kedudukan asal tempat ia
mula-mula berhenti tadi. Peraturan yang sama perlu diikuti bagi bola yang
berubah kedudukannya secara tidak sengaja akibat perbuatan pemain, penonton,
binatang atau apa-apa objek bergerak.
Untuk
mengelakkan apa-apa pertelingkahan, pemain hendaklah menandakan kedudukan asal
bola dan Jek. Bantahan tidak akan dilayan jika bola dan Jek tersebut tidak
ditandakan kedudukan asalnya. Pengadil hanya akan membuat keputusan berpandukan
kedudukan bola dan Jek di atas gelanggang.
Walau
bagaimanapun, jika bola beralih akibat bola lain dalam permainan, ianya dikira
sah.
Artikel 23 : Melontar bola bukan milik sendiri
Pemain yang
melontar bola selain daripada bola kepunyaannya akan diberi amaran. Walau
bagaimanapun, bola tersebut dikira sah tetapi perlu digantikan serta merta
dengan bolanya yang sebenar selepas diukur.
Jika kesalahan
yang sama berulang dalam satu-satu permainan, bola pemain tersebut akan dikira
batal. Sementara apa-apa yang berubah kedudukannya akibat balingan bola yang
dibatalkan tersebut perlu ditempatkan kedudukan asalnya.
Sebelum
melontar, pemain perlu membuang apa-apa kotoran / tanah yang melekat pada bola.
Kegagalan berbuat demakian boleh menyebabkan pemain dikenakan denda seperti di
bawah Artikel 10.
Pemain tidak
boleh memungut bola yang dimainkan sebelum permainan (END) tamat.
Artikel 24 : Membaling bola yang tidak mengikut peraturan
Mana-mana
bola yang dibaling dengan tidak mengikuti syarat-syarat sebagaimana yang telah
dinyatakan sebelumnya akan dibatalkan. Peraturan yang sama diguna pakai untuk
balingan Jek.
Walau
bagaimanapun, pasukan lawan berhak membuat pilihan dan atas kelebihan
(advantage) pasukannya, mengira bola tersebut sebagai sah. Dalam kes ini, bola
yang dibaling tersebut perlu dibiarkan pada kedudukan barunya. Begitu juga
dengan segala apa-apa perubahan akibat balingan tersebut.
MATA DAN
PENGUKURAN
Artikel 25 : Mengalihkan bola untuk sementara
Untuk maksud
pengukuran mata, bola atau apa-apa halangan yang berada di antara kedudukan Jek
dan bola, bolehlah dialihkan sementara waktu setelah kedudukannya ditandakan.
Selepas pengukuran, bola dan apa-apa halangan hendaklah diletakkan kembali di
tempat asalnya. Jika halangan tersebut tidak boleh dialihkan, pengukuran perlu
dibuat secara ‘calipers’.
Artikel 26 : Mengukur untuk Kiraan mata
Pengukuran
adalah menjadi tanggungjawab pemain terakhir atau salah seorang pemain dalam
pasukannya. Pemain pihak lawan boleh mengukur semula kedudukan tersebut setelah
pengukuran dibuat. Pendapat dan keputusan pengadil mengenai jarak pengukuran
baru tersebut adalah muktamad. Pengukuran mestilah dibuat dengan menggunakan
peralatan yang sesuai, yang mana kedua-dua pasukan memilikinya. Mengukur
menggunkan tapak kaki adalah dilarang sama sekali. Pemain yang tidak
mengendahkan peraturan ini setelah diberi amaran oleh pengadil, boleh dikenakan
salah satu denda seperti yang dinyatakan dalam Artikel 10.
Artikel 27 : Bola dialih sebelum kiraan mata diperolehi
Setelah tamat
satu-satu ‘END’, mana-mana bola yang telah diubah / dialih kedudukannya sebelum
pengiraan dibuat dan kedudukan bola tersebut tidak ditanda, markahnya akan
dikira batal. Bantahan terhadap kesalahan ini tidak akan dilayan.
Artikel 28 : Menggerakkan Bola atau Jack
Pemain /
pasukan akan kehilangan mata jika pemain menggerakkan atau mengubah kedudukan
bola atau Jek semasa pengukuran sedang dijalankan.
Jika semasa
pengukuran, Pengadil mengubah atau menggerakkan Jack atau Bola……..
Artikel 29 : Bola yang sama jarak dengan Jek
Jika dua bola
yang terdekat dengan Jek milik pemain / pasukan yang berbeza mempunyai jarak
yang sama, 3 keadaan berikut boleh di aplikasikan;
(a) Jika
kedua-dua pemain / pasukan sudah tiada bola untuk dimainkan, maka ‘END’
tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah dan pasukan yang memenangi ‘END’
sebelumnya akan melontarkan Jek.
(b) Jika hanya
tinggal satu pasukan / pemain sahaja yang ada bola untuk dimainkan, pasukan
tersebut hendaklah membaling bolanya. Jumlah markah akan dikira melalui berapa
banyak bola yang ada berhampiran dengan Jek.
(c) Jika
kedua-dua pemain / pasukan masih ada bola untuk dimainkan, permainan akan
disambung oleh pemain / pasukan yang terakhir membaling bola sebelumnya,
diikuti oleh pemain / pasukan lawan secara berselang seli sehinggalah markah
akhir dimenangi olah salah satu pasukan / pemain. Bila hanya satu pasukan
sahaja yang ada bola untuk dimainkan, syarat / peraturan dipara di atas adalah
digunapakai.
Jika dalam
proses menamatkan ‘END’, tiada bola berada di kawasan ‘pitch’ yang dibenarkan,
‘END’ tersebut dikira batal.
Artikel 30 : Benda asing yang melekat pada bola dan Jek
Apa-apa benda
asing yang melekat kepada mana-mana bola dan Jek hendaklah dibersihkan terlebih
dahulu sebelum pengukuran dibuat.
Artikel 31 : Tuntutan-tuntutan
Hanya
bantahan atau protes yang dibuat melalui pengadil (Umpire) akan diterima.
Bantahan yang dikemukakan selepas keputusan penuh perlawanan diperolehi tidak
akan dilayan.
Tiap-tiap
pasukan adalah bertanggungjawab untuk meneliti dan mempastikan syarat-syarat
asas pasukan lawan dipenuhi (permit, kategori, ‘pitch’, bola dan sebagainya).
DISIPLIN
Artikel 32 : Denda kegagalan berada di kawasan permainan
Semua pemain
/ pasukan dikehendaki hadir semasa pengundian dan semasa pengumuman keputusan
pengundian dibuat. Mana-mana pemain / pasukan yang gagal hadir dikawasan
permainan dalam masa 15 minit selepas pengumuman pertandingan akan didenda
potongan satu mata dan mata tersebut akan diberikan kepada pihak lawan.
Selepas 15
minit pertama dan pemain berkenaan masih lagi gagal hadir di tempat
pertandingan, denda satu mata lagi dikenakan untuk tiap-tiap 5 minit
berikutnya.
Denda
seumpamanya juga akan digunapakai di sepanjang masa pertandingan, selepas
tiap-tiap pengundian seterusnya dan permulaan semula pertandingan selepas masa
rehat yang diberikan.
Pasukan yang
gagal hadir di kawasan permainan selepas satu jam daripada pengumuman
pertandingan dibuat akan dikira kalah.
Pasukan yang
tidak cukup bilangan pemain boleh membuat pilihan untuk memulakan permainan
tanpa menunggu pemain berkenaan tetapi mereka tidak boleh menggunakan bola
pemain yang tidak hadir itu.
Artikel 33 : Kehadiran pemain yang lewat
Pemain yang
tiba selepas satu-satu ‘END’ dimulakan, tidak akan dibenarkan mengambil
bahagian dalam ‘END’ tersebut. Dia hanya akan dibenarkan mengambil bahagian di
dalam ‘END’ yang seterusnya.
Pemain yang
tiba lewat satu jam atau lebih selepas permulaan perlawanan akan dikira batal
dan tidak boleh mengambil bahagian lagi dalam perlawanan tersebut.
Jika ahli
pasukannya berjaya memenangi perlawanan tersebut, dia boleh dibenarkan
mengambil bahagian di dalam perlawanan seterusnya dengan syarat beliau adalah
ahli pasukan asal yang didaftarkan.
Jika
pertandingan dibuat secara liga, dia boleh mengambil bahagian dalam perlawanan
kedua tanpa mengambil kira keputusan perlawanan pertama.
‘END’ dikira
bermula sebaik sahaja Jek telah dilontar dan telah memenuhi syarat-syarat
sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam peraturan-peraturan ini.
Artikel 34 : Penggantian pemain
Penggantian
atau penukaran pemain dalam ketegori berdua (double) dan satu atau dua pemain
dalam ketegori bertiga (triples) hanya dibenarkan jika ada pengumuman secara
rasmi sebelum pertandingan (pengumuman dibuat secara lisan, menggunakan wisel,
pistol dan sebagainya), dan pemain pengganti tadi mestilah tidak pernah
sebelumnya berdaftar dengan pasukan lain dalam pertandingan tersebut.
Artikel 35 : Denda-denda dalam permainan
Artikel 36 : Cuaca buruk
Jika hujan,
mana-mana ‘END’ yang telah dimulakan mestilah dihabiskan, kecuali diputuskan
oleh pengadil atas nasihat para juri untuk menangguhkan ‘END’ tersebut atau
membatalkannya atas sebab-sebab yang tidak dijangkakan (force majeure).
Jika selepas
pengumuman peringkat seterusnya pertandingan (pusingan kedua, ketiga dan
sebagainya), dan pertandingan tidak dapat diteruskan, pengadil atas nasihat
penganjur pertandingan boleh membuat keputusan yang diperlukan untuk melicinkan
proses pertandingan seterusnya.
Pemain tidak
dibenarkan untuk meninggalkan pertandingan atau kawasan permainan tanpa
kebenaran pengadil. Jika dilakukan, pemain berkenaan akan dikenakan tindakan di
bawah Artikel 32 dan 33.
Artikel 37 : Fasa baru permainan
Artikel 38 : Berkongsi hadiah
Apa-apa pakatan sama ada untuk berkongsi hadiah atau untuk menentukan keputusan pertandingan adalah dilarang sama sekali.
Mana-mana pasukan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan atau tidak menghormati penonton, pegawai pertandingan dan pengadil akan dikeluarkan daripada pertandingan atau boleh didenda seperti dinyatakan dalam Artikel 37.
Artikel 39 : Berkelakuan tidak sopan
Pemain yang
didapati bersalah kerana berkelakuan tidak sopan atau lebih buruk lagi
menunjukkan tingkah-laku ganas kepada pegawai pertandingan, pengadil, pemain
pihak lawan atau penonton, boleh dikenakan satu atau lebih denda berikut
bergantung kepada seriusnya kesalahan yang telah dilakukannya;
(1) Dibatalkan
daripada pertandingan.
(2) Ditarik
permitnya.
(3) Diambil balik
hadiah kemenangannya.
Denda ke atas
mana-mana pemain dalam pasukan boleh juga dikenakan kepada pasukannya.
Denda (1) dan
(2) boleh dikuatkuasakan oleh pengadil sahaja. Sementara denda (3) akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur yang akan membuat keputusan bertulis
dalam masa 48 jam dari masa kejadian berlaku, kepada badan induk yang akan menentukan
keputusannya.
Dalam
kebanyakan kes, Pengerusi Jawatankuasa kepada badan induk itu akan membuat
keputusan akhir.
Artikel 40 : Tugas seorang Pengadil
Pengadil yang
telah dilantik untuk mengadili satu-satu pertandingan hendaklah mengadili
pertandingan tersebut berpandukan peraturan-peraturan pertandingan. Pengadil
adalah mempunyai kuasa untuk menggantung / menghalang mana-mana pemain /
pasukan daripada meneruskan permainan jika tidak mahu mengikuti / mematuhi
keputusannya.
Penonton
berlesen / permit yang boleh menyebabkan berlakunya insiden buruk akibat salah
lakunya akan dilaporkan oleh pengadil kepada badan induk Petanque. Mereka
kemudiannya boleh disaman untuk hadir di Mesyuarat Disiplin yang akan
memutuskan denda yang akan dikenakan kepadanya.
Artikel 41 : Komposisi dan keputusan Juri
Mana-mana kes
yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini boleh dikemukakan kepada pengadil
dan pengadil akan merujuk kes tersebut kepada Jemaah Juri. Juri
pertandingan hendaklah terdiri daripada 3 orang hingga 5 orang. Keputusan Juri
untuk kes-kes sedemakian adalah muktamad. Dalam kes Juri yang tidak dapat
membuat kata sepakat, keputusan Ketua Juri adalah muktamad.
Pemain-pemain
perlu berpakaian yang sesuai. Pakaian yang menjolok mata dan tidak memakai kasut
adalah ditegah sama sekali. Mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan ini
boleh ditahan daripada terus bermain setelah diberi amaran oleh pengadil.